Trilogi Mass Effect Edisi Remastered Akan Dihasilkan EA

Trilogi Mass Effect Edisi Remastered Akan Dihasilkan EA

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

Edisi remastered sama ada anda suka ataupun tidak akan tetapi dihasilkan. Ini adalah kerana sambutan amat luar biasa yang diterima oleh beberapa permainan edisi remastered seperti Resident Evil, Last of Us dan Skyrim. Sebelum ini pihak Electronic Arts pernah mengatakan pihak mereka tidak akan menghasilkan edisi remastered kerana mahu menumpukan perhatian kepada IP baru. Namun kerana wujudnya permintaan yang tinggi sekarang, mereka mungkin akan menghasilkan edisi remastered untuk trilogi Mass Effect.

Mass-Effect-Trilogy-2

Ini disahkan sendiri oleh Patrick Soderlund, naib presiden eksekutif EA Studios ketika ditemubual oleh Game Informer baru-baru ini. Mereka menyedari sambutan luar biasa terhadap Call of Duty Remastered yang dihasilkan rakan kongsi mereka Activision. Sambutan terhadap edisi penghasilan semula ini lebih tinggi berbanding COD Infinite Warfare yang perlu dibeli bagi mendapat COD Remastered. Kami hanya memainkan Mass Effect pertama di PC beberapa tahun yang lalu. Dengan adanya konsol lebih berkuasa PS4 Neo dan Xbox Scorpio kelak, kami mahu memainkan trilogi ini pada konsol dengan kemampuan grafik yang dipertingkatkan. Adakah anda juga tertarik untuk memainkan semula pengembaraan Commander Shepard?


TIPS & ULASAN