Nikon D3400 Diperkenalkan Dengan Sokongan Bluetooth Sentiasa Aktif

Nikon D3400 Diperkenalkan Dengan Sokongan Bluetooth Sentiasa Aktif

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

Nikon hari ini telah memperkenalkan DSLR versi asas mereka yang terbaru, iaitu Nikon D3400. Seperti biasa, ia merupakan kemaskini kepada keluarga D3xxx sebelum ini, dan melalui kemaskini baru ini Nikon turut menyertakan sokongan Bluetooth sentiasa aktif melaluinya.

Nikon D3400

Dengan adanya fungsi Bluetooth sentiasa aktif ini, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera DSLR Nikon D3400 ini, dan seterusnya memindahkan ia kepada telefon pintar. Untuk menjayakan perkara ini, sebuah aplikasi khusus diperlukan yang ditawarkan untuk Android dan iOS sahaja buat masa ini.

Dari segi spesifikasi, Nikon D3400 ini menggunakan sensor CMOS 24.2-megapixel, serta pemproses imej EXPEED 4. Nikon turut mengatakan masa penggunaan bateri pada Nikon D3400 ini adalah dua kali lebih lama berbanding D3300 sebelum ini, dan menawarkan keupayaan merakamkan gambar sebanyak 1200 rakaman.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Nikon D3400 ini akan memasuki pasaran tempatan. Seperti biasa, D3400 turut hadir dengan kit tersendiri, selain turut dijual secara berasingan.


TIPS & ULASAN