Rekaan Nexus 6P Dikitar Semula Untuk Huawei Mate S2

Rekaan Nexus 6P Dikitar Semula Untuk Huawei Mate S2

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

Google Nexus 6P  ialah antara peranti tercantik di pasaran. Tubuh logam digabungkan dengan panel kaca pada bahagian kamera. Sekiranya anda mahu memiliki peranti ini tetapi tidak mampu kerana harga jualannya, anda mungkin boleh menanti Huawei Mate S2. Peranti ini baru sahaja memasuki pangkalan data TENAA di China. Dari segi rekaan ia mengitar semula rekaan Nexus 6P yang turut dihasilkan Huawei. Perubahan hanya pada panel hadapan berwarna putih dan bukannya hitam seperti Nexus 6P.

Huawei-Mate-S2-Tertiris

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.9″ HD Penuh, pemproses HiSilicon Kirin 960, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Kamera utama ialah sebesar 16 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Ia dipercayai bakal menggunakan Android Nougat apabila dilancarkan kelak. Sebagai perbandingan Nexus 6P mempunyai skrin 5.7″ QHD, pemproses Snapdragon 810, RAM 3 Gigabyte, storan 64 Gigabyte, kamera utama 12 Megapixel dan kamera selfie 8 Megapixel


TIPS & ULASAN