iFlix Memperkenalkan Fungsi Mengikuti Senarai Main Selebriti Dan Personaliti Popular

iFlix Memperkenalkan Fungsi Mengikuti Senarai Main Selebriti Dan Personaliti Popular

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

iFlix mempunyai sejumlah besar penawaran kandungan melalui laman mereka, dan ini mungkin membuatkan anda keliru untuk menonton apa. Kini, dalam usaha memudahkan perkara berkenaan, dan pada masa yang sama menjadikan laman iFlix lebih sosial, mereka telah memperkenalkan fungsi baru yang dinamakan sebagai Playlist.

iFlix Playlist

iFlix Playlist

Walaupun bernama Playlist, ia tidak menawarkan ciri-ciri seperti pemain media – yang membolehkan anda mengatur senarai tontonan dan seterusnya memainkan ia dan hanya duduk dan menikmati setiap episod mengikut apa yang telah ditetapkan. Sebaliknya, melalui iFlix Playlist, pihak iFlix membolehkan anda mengikuti pelbagai personaliti dan selebriti, sekaligus memudahkan anda membuat pilihan rancangan yang ingin ditonton mengikut citarasa mereka.

Pengguna sendiri turut boleh menghasilkan Playlist mereka tersendiri, namun kami gagal menjumpai butang berkongsi Playlist yang dihasilkan kami bersama-sama rakan lain.

Disamping itu, iFlix juga turut dilihat menambah sebuah tab baru dinamakan Collection yang menyusun pelbagai rancangan mengikut koleksi tersendiri.

iFlix Collections

Bagi anda yang menggunakan iFlix, anda boleh menggunakan fungsi ini melalui laman dan aplikasi mereka bermula hari ini.

Layari : iFlix People


TIPS & ULASAN