Astro Membawa Siaran Langsung Perlawanan Akhir Badminton Sukan Olimpik Ke YouTube

Astro Membawa Siaran Langsung Perlawanan Akhir Badminton Sukan Olimpik Ke YouTube

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

Astro sebelum ini sering menawarkan siaran langsung perlawanan melalui aplikasi Astro On-The-Go mereka, tetapi hari ini, bersempena dengan perlawanan akhir badminton untuk beregu campuran, Astro memilih untuk menyiarkannya secara langsung melalui YouTube.

Astro Arena Live

Untuk hari ini (17 Ogos 2016), Astro akan menyiarkan ia pada 10.50 malam ini melalui saluran YouTube Astro Arena. Selain daripada hari ini, Astro juga turut merancang untuk menyiarkan perlawanan akhir beregu lelaki pada 19 Ogos 2016 ini, pada pukul 10.50 malam.

Bagi anda yang tidak mempunyai Astro, ataupun aplikasi Astro On-The-Go, anda seperti biasa boleh menontonnya secara terus melalui YouTube dan sama-sama menyaksikan pasukan kebangsaan merebut pingat emas pada sukan Olimpik 2016 ini.


TIPS & ULASAN