Google Menawarkan Pemalam Untuk Mengembalikan Fungsi Penggunaan Backspace Pada Chrome

Google Menawarkan Pemalam Untuk Mengembalikan Fungsi Penggunaan Backspace Pada Chrome

Diterbitkan pada Ogos 18, 2016 oleh .

Google melalui Chrome 52 telah membuang fungsi kekunci pintas backspace yang membawa pengguna kepada halaman web yang dilayari sebelumnya. Dengan membuangnya, kini Google meminta pengguna menggunakan kekunci pintas ALT + Anak Panah Kiri untuk kembali ke halaman sebelumnya.

Go Back With Backspace

Perkara ini semestinya tidak diminati oleh sejumlah besar pengguna yang telah selesa dengan kekunci pintas Backspace. Untuk mengatasinya beberapa pemalam ditawarkan oleh pihak ketiga, dan terkini Google sendiri menawarkan pemalam mereka melalui Chrome Web Store.

Dinamakan sebagai Go Back With Backspace, pemalam ini menawarkan kembali penggunaan kekunci pintas Backspace pada Chrome. Bagi anda yang tidak selesa dengan pemalam daripada pihak ketiga, mungkin akan lebih terbuka dengan pemalam daripada Google ini.

Sebelum ini, Google memilih untuk membuangnya daripada Chrome memandangkan sering-kali pengguna tertekan butang berkenaan ketika mengisi borang web, dan ia membawa kepada halaman sebelumnya – membuatkan pengguna terpaksa mengisi kembali sesuatu borang berkenaan.

Muat-Turun Pemalam Go Back With Backspace Untuk Chrome


TIPS & ULASAN