Kecerdasan Buatan Kini Mampu Mengesan Kemurungan Dari Gambar Instagram Yang Dimuat Naik

Kecerdasan Buatan Kini Mampu Mengesan Kemurungan Dari Gambar Instagram Yang Dimuat Naik

Diterbitkan pada Ogos 18, 2016 oleh .

Kemurungan bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh temeh. Semasa saya berumur sekitar 20an, saya mengalami masalah ini kerana marah dengan kegagalan diri dari segi akademik, kewangan dan percintaan. Mujur ahli keluarga memberikan sokongan dan saya kini sudah berumahtangga serta menjadi seorang bapa yang riang. Malang sekali tidak semua orang yang mengalami masalah kemurungan mendapat sokongan dan bantuan yang sepatutnya.

Instagram-Kemurungan-Kecerdasan

Sebuah program kecerdasan buatan yang dihasilkan oleh Harvard dan University of Vermon mampu mengesan kemurungan berdasarkan gambar yang dimuat naik ke Instagram. Ia mempunyai tahap ketepatan sekitar 70%. Sebanyak 43950 gambar dari 166 pengguna dianalisa oleh kecerdasan buatan ini.Dari kajian yang dilakukan individu yang kerap menggunakan penuras Inkwell dan Crema lebih cenderung kepada kemurungan. Mereka yang menggunakan penuras Valencia dan X-Pro II pula lebih ceria. Kecerdasan buatan ini boleh digunakan di masa hadapan untuk mengesan kemurungan lebih awal dan diharap dapat memberikan bantuan kepada mereka sebelum terlambat.


TIPS & ULASAN