Cari @ Amanz

Rekod pesawat udara terbesar di dunia yang masih beroperasi dahulunya dipegang oleh Antonov An 225 Mriya yang mempunyai enam enjin jet. Rekod ini kini dipegang oleh Airlander 10 yang melakukan penerbangan pertamanya semalam di Lapangan Udara Cardington di United Kingdom. Pesawat hibrid ini memerlukan sayap untuk terbang naik dan turun tetapi dipenuhi gas helium untuk mengapungkannya di udara. Ia dihasilkan untuk tujuan mengangkut kargo dengan berat maksimum 10000 kilogram.

Airlander-10-1

Dengan ukuran 92 meter panjang, 43.5 meter lebar dan 26 meter tinggi ia memintas An 225 yang hanya 84 meter panjang, 88.5 meter lebar dan 18.1 meter tinggi sebagai pesawat udara terbesar di dunia yang masih beroperasi. Airlander 10 mampu terbang selama lima hari tanpa henti dengan kelajuan maksimum 148 kilometer sejam. Kos pembinaan pesawat udara ini ialah GBP 25 Juta (~RM 130 Juta) sebuah dan sekaligus membuatkannya jauh lebih murah berbanding pesawat jet kargo sedia ada.

Rekod pesawat udara terbesar di dunia masih lagi dipegang oleh kapal udara kelas Hindenburg yang dibina pada dekad 30an yang lalu.Kapal udara Hindenburg dan Graf Zapellin masing-masing adalah 245 meter panjang, 41.2 meter lebar dan 41.2 meter tinggi. Pembangunan kapal udara seperti Hindenburg dihentikan atas sebab keselamatan. Pembangunan kapal udara dibangunkan semula kerana teknologi yang lebih selamat serta kos pembinaan serta operasi yang jauh lebih murah berbanding kapal terbang.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd