Airbus Ingin Bangunkan Kereta Automatik Yang Boleh Terbang, Dan Mengurangkan Kesesakkan Lalu Lintas

Airbus Ingin Bangunkan Kereta Automatik Yang Boleh Terbang, Dan Mengurangkan Kesesakkan Lalu Lintas

Diterbitkan pada Ogos 18, 2016 oleh .

Airbus merupakan nama yang tidak asing lagi dalam pengeluaran kapal terbang. Kini, bergerak ke hadapan, mereka turut merancang untuk hadir dengan kenderaan terbang yang beroperasi secara automatik, dan boleh mengurangkan kadar kesesakkan lalu lintas di bandar-bandar utama.

Airbus Kenderaan TerbangDinamakan sebagai Project Vahana, Airbus mengatakan kenderaan yang beroperasi secara automatik berkenaan disasarkan untuk penumpang individu ataupun untuk menghantar barangan kargo melaluinya. Ujian percubaan pertama untuk kenderaan prototaip berkenaan akan dilakukan sekitar penghujung 2017 kelak.

Mengikut idea asal, ia mungkin beroperasi seumpama beberapa perkhidmatan menempah kenderaan lain seperti Uber. Pengguna hanya perlu menggunakan aplikasi pada peranti mudah-alih untuk membuat tempahan, dan kenderaan berkenaan akan hadir serta membawa pengguna ke lokasi yang dituju.

Sebelum kenderaan berkenaan dijayakan dan digunakan dikalangan pengguna dan di bandar utama, pelbagai kekangan perlu dilalui. Termasuk salah satunya adalah mengubah undang-undang sedia ada di pelbagai negara. Memandangkan ia masih pada peringkat awal lagi, mungkin kita akan melihat perkembangannya dalam tahun-tahun akan datang.


TIPS & ULASAN