Google Duo Bakal Menyokong Panggilan Suara Sahaja Tidak Lama Lagi

Google Duo Bakal Menyokong Panggilan Suara Sahaja Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 18, 2016 oleh .

Google telah memperkenalkan aplikasi panggilan video baru dinamakan Duo pada awal minggu ini. Ia lebih memfokuskan kepada pengguna, dan salah satu perbezaan utama berbanding pelbagai aplikasi Google lain adalah cara pendaftarannya yang hanya menggunakan nombor telefon dan bukannya akaun Google.

Kami sendiri telah mencubanya dan menggunakan ia dalam panggilan video. Daripada percubaan kami, ia beroperasi dengan lancar serta memudahkan pengguna membuat panggilan video antara satu sama lain.

Google Duo

Bergerak kehadapan, pembangun produk Google turut mengatakan kelak Duo akan menyokong sokongan panggilan suara sahaja melaluinya. Ini bermakna, pengguna yang tidak selesa dengan panggilan video boleh turut menggunakannya – selain ia juga sesuai untuk digunakan pada pelbagai lokasi tanpa masalah.

Panggilan audio sahaja turut akan dapat menjimatkan lagi data, selain turut digunakan ramai dalam kekal berhubung walaupun berada di luar negara.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan untuk pengenalan fungsi panggilan audio sahaja ini.


TIPS & ULASAN