ConFlexPave – Konkrit Boleh Lentur Dihasilkan Universiti Singapura

ConFlexPave – Konkrit Boleh Lentur Dihasilkan Universiti Singapura

Diterbitkan pada Ogos 18, 2016 oleh .

Konkrit tidak boleh dilentur selepas mengeras. Ini ialah perkara yang diketahui majoriti individu yang pernah melawat tapak pembinaan. Ketidaklenturan ini ialah sumber kekuatan struktur yang diperbuat daripada konkrit. Di Nanyang Technological University (NTU) Singapura, konkrit boleh lentur ConFlexPave dihasilkan. ConFlexPave boleh melentur apabila dibawah bebanan lebih dan tidak patah seperti konkrit konvensional.

NTU-ConFlexPave-2

Ini dilakukan dengan menambah polimer mikroserat ke dalam campuran simen, kelikir, pasir dan air untuk menghasilkan konkrit. Polimet mikroserat yang lebih nipis dari rambut manusia ini menyebarkan beban pada keseluruh permukaan ConFlexPave. Hasilnya ialah campuran konkrit yang sekuat logam dan hampir dua kali ganda lebih baik menampung beban berbanding konkrit biasa.

Aplikasi di dunia sebenar ialah pada permukaan jalan raya dan kaki lima.Kepingan ConFlexPave yang sudah dihasilkan di kilang hanya perlu disusun dan disambungkan tanpa perlu dicurah dalam bentuk cecair bagi membina permukaan jalan. Kawasan jalan berlubang boleh dibaiki dengan pantas dengan penukaran panel baru. Akhir sekali kerana kewujudan mikroserat, ia juga tidak selicin konkrit biasa ketika waktu hujan. Kajian masih dijalankan untuk menguji ketahanan jangka panjang. Pihak NTU berharap ia akan dapat digunakan di dunia sebenar dalam masa tiga tahun.


TIPS & ULASAN