Cari @ Amanz

Asus telah memperkenalkan beberapa produk bersempena dengan kad grafik NVIDIA Pascal sebelum ini, dan terkini untuk pasaran Malaysia, Asus Malaysia turut telah mula menawarkan sebuah komputer riba dibawah keluarga ROG (Republic of Gamers).

Asus ROG G752 hadir dalam dua variasi, hadir dengan skrin bersaiz 17.3-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7-6700HQ, dan menjalankan sistem operasi Windows 10.

Asus ROG G752

Variasi pertama untuk komputer riba ini adalah Asus ROG G752V-SGB140T, yang mana hadir dengan memori 16GB RAM, ruangan storan 1TB HDD dan 256GB SSD, serta dijana menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX1070 8GB. Komputer riba ini turut menawarkan paparan pada resolusi UHD, dan ditawarkan di Malaysia pada harga RM10,999.

Asus ROG G752

Variasi kedua pula adalah Asus ROG G752V-MGC043T yang hadir dengan memori 8GB RAM, ruangan storan 1TB dan 128GB SSD, serta dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX1060 6GB. Komputer riba ini sekadar menawarkan paparan pada resolusi HD penuh sahaja, dan berharga RM7799.

Bagi anda yang ingin mendapatkan komputer riba dengan kad grafik NVIDIA Pascal di Malaysia, mungkin boleh melihat kepada kedua-dua model baru ini daripada Asus Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd