Cari @ Amanz

Selangor Cyber Games merupakan salah satu acara e-sukan yang disokong oleh kerajaan negeri Selangor. Ia telah diadakan dua kali sebelum ini, dan untuk tahun ketiga pada 2016 ini, ia bakal berlangsung pada 9 September hingga 11 September 2016 ini.

Selangor Cyber Games 2017

Untuk tahun 2016 ini, ia bakal menawarkan tujuh permainan untuk disertai dan hadiah berjumlah lebih RM350,000 untuk dimenangi. Permainan yang terlibat dalam liga Selangor Cyber Games ini adalah termasuk HearthStone, Street Fighter V, League of Legends, MPGL, Dota 2, FIFA 16 dan juga Counter-Strike Global Offensive.

Pihak Selangor Cyber Games turut mengatakan mereka turut mengiktiraf peningkatan permainan mudah-alih, dan untuk tahun ini mereka menyertakan permainan Clash of Royale.

Selangor Cyber Games 2017

Bagi anda yang berminat dengan arena e-sukan, anda boleh mendaftarkan minat untuk menyertai Selangor Cyber Games 2016 ini melalui laman rasmi hari ini, dan bersaing secara sihat dengan pelbagai pemain e-sukan tempatan mahupun antarabangsa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd