Cari @ Amanz

Square Enix sebelum ini telah hadir dengan beberapa permainan yang kemas dan cantik, selain menawarkan bentuk permainan yang sangat dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, iaitu seperti Hitman Go dan juga Lara Croft Go.

Deus Ex Go

Terkini, hari ini mereka telah memperkenalkan satu lagi permainan baru yang dinamakan sebagai Deus Ex Go. Permainan mudah-alih ini hadir bersempena dengan permainan Deus Ex : Mankind Divided yang dijadualkan untuk diperkenalkan pada bulan hadapan pada PC dan konsol.

Permainan Deus Ex Go ini hadir dengan bentuk permainan sama seperti permainan Lara Croft Go sebelum ini, dimana berbentuk turn-based, dan perlu mengelak dan melalui halangan secara kreatif.

Deus Ex Go menawarkan sehingga 50 tahap permainan, dan ia ditawarkan pada harga RM21 untuk Android dan juga iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd