Meizu Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Muka Jam Analog

Meizu Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Muka Jam Analog

Diterbitkan pada Ogos 19, 2016 oleh .

Meizu merupakan salah satu pengeluar telefon pintar terkemuka dari China, dan sedia menawarkan beberapa jenis model telefon pintar mereka di Malaysia. Terkini, Meizu turut menyertai pelbagai pengeluar peranti mudah-alih lain dan memperkenalkan jam tangan pintar mereka.

Meizu Mix

Meizu Mix ini membawakan penggunaan jam analog, tetapi turut mengintegrasikan sokongan Bluetooth yang membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar mereka kepada jam tangan Meizu Mix ini. Sebuah lampu LED turut disertakan untuk memudahkan pengguna melihat notifikasi, selain daripada sokongan gegaran melaluinya.

Meizu Mix

Meizu Mix

Meizu Mix juga turut hadir dengan sokongan kalis air, dan bateri yang mampu bertahan selama sehingga 240 hari. Masa penggunaan yang lama ini dapat ditawarkan hasil penggunaan muka jam analog, dan bukannya digital seperti pelbagai jam tangan lain di pasaran. Meizu turut menyediakan sebuah aplikasi khusus untuknya untuk memantau beberapa perkara termasuk seperti langkah perjalanan.

Meizu buat masa ini menawarkan ia melalui laman crowdfunding di China. Ia dijangka berharga bermula 999 Yuan (~sekitar RM600).


TIPS & ULASAN