Cari @ Amanz

Apple Watch telah diperkenalkan sekitar dua tahun lepas, dan generasi kedua untuk jam tangan pintar berkenaan dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat. Namun, melalui Apple Watch 2 kelak, Apple dijangka tidak membawakan begitu banyak perubahan berbanding versi asal.

Apple Watch generasi baru kelak dikatakan akan mengintegrasikan sokongan GPS terbina, dan penambah-baikkan terhadap pemantauan berkaitan kesihatan.

Apple turut dikatakan telah merancang untuk memperkenalkan Apple Watch dengan sokongan selular, namun terpaksa menangguhkannya buat masa ini. Salah satu sebabnya adalah kerana sokongan bateri yang tidak akan begitu baik sekiranya integrasi selular disertakan pada Apple Watch.

Sebelum ini, beberapa pengeluar lain telah hadir dengan integrasi selular pada jam tangan pintar mereka. Ini sekaligus membolehkan jam tangan berkenaan beroperasi dengan bebas walaupun tidak dihubungkan ke telefon pintar – sekaligus memudahkan pengguna mengikuti emel, mesej dan notifikasi ketika berjauhan dengan telefon pintar.

Walaupun ditangguhkan, Apple Watch pada masa akan datang dijangka akan dapat beroperasi bebas tanpa perlu berhubung dengan telefon pintar seperti pada hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd