Google Menguji Paparan Berita Yang Mungkin Anda Minati Pada Halaman Tab Baru Chrome

Google Menguji Paparan Berita Yang Mungkin Anda Minati Pada Halaman Tab Baru Chrome

Diterbitkan pada Ogos 19, 2016 oleh .

Google sering menguji fungsi baru pada versi pembangunan pelayar web Chrome. Terkini, pada Chrome Dev untuk Android, Google menguji paparan informasi dan berita yang mungkin anda minati dalam paparan cards pada halaman tab baru.

Pada halaman tab baru, kini pengguna dipaparkan dengan ikon untuk web-web yang sering dilayari, dan apabila ditatal ke bawah sedikit, pengguna dipaparkan dengan kandungan menarik dari web yang mungkin diminati anda – berdasarkan kepada sejarah pelayaran anda.

Google Chrome Dev

Untuk makluman, fungsi sama telah diintegrasikan pada Google Now sejak sekian lama, dan kini melalui ujiannya, Google Chrome menyertakan fungsi berkenaan terus pada pelayar web.

Buat masa ini, ia dilihat diuji pada pelayar web di Android sahaja. Fungsi ini sekaligus memudahkan anda menemui pelbagai kandungan baru berdasarkan kepada minat anda, selain mengikuti pelbagai info terkini dengan mudah terus pada halaman tab baru.

Muat-Turun Chrome Dev untuk Android


TIPS & ULASAN