Cari @ Amanz

Huawei melancarkan sebuah lagi peranti kelas pertengahan di China semalam. Kali ini giliran Huwei G9 Plus pula diperkenalkan. Peranti ini dilengkapi dengan skrin 5.2″ HD Penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD pula ialah sehingga 128 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 Megapixel f/2.0 dengan sokongan OIS dan merakam video pada resolusi 4K. Kamera selfie pula sebesar 8 Megapixel f/2.0

Huawei-G9-Plus-3

Bateri sebesar 3340 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam dengan dua pilihan warna iaitu emas dan perak. Peranti dengan sistem operasi Android Marshmallow ini dijual pada harga RMB 2399 (~RM 1446) sebuah. Ini meletakkannya sebagai pesaing terhampir kepada Asus Zenfone 3 ZE552KL yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd