Rekaan Lenovo Moto Z Play Tertiris

Rekaan Lenovo Moto Z Play Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 19, 2016 oleh .

Lenovo Moto Z, Moto Z Force dan Moto Z Play ialah tiga peranti di bawah keluarga Lenovo Moto Z yang diumumkan Jun lalu. Rekaan Moto Z Play akhirnya diketahui hari ini apabila gambarnya tertiris ke arena web. Seperti dijangkakan ia mengekalkan rekaan yang ditemui pada Moto Z dengan perubahan pada panel belakang. Ia menggunakan panel kaca dan bukannya logam.

lenovo-moto-z-play-2

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.5″ HD Penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM 3 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 Megapixel dan kamera hadapan 5 Mengapixel. Peranti Android Marshmallow ini turut dilengkapi bateri sebesar 3500 mAh.  Walaupun mempunyai spesifikasi lebih rendah berbanding Moto Z dan Moto Z Force, ia masih boleh menggunakan kesemua Moto Mods yang dihasilkan untuk dua peranti ini. Moto Z Play dijangka akan diperlihatkan secara rasmi di IFA 2016.


TIPS & ULASAN