Cari @ Amanz

Hanya beberapa hari yang lalu kami memaparkan iPhone 6S edisi Pokemon GO. Peranti tersebut bukan sahaja diperbuat daripada platinum malah dilengkapi logo pasukan Mystic, Valor dan Instinct. Kepada mereka yang merasakan peranti berharga RM 11000 ini tidak cukup terkini, anda boleh memesan iPhone 7 mewah keluaran Legend yang akan menyerlahkan ketidakmarhaenan anda

iPhone-7-Legend-1 Tiga model iPhone 7 boleh dipesan iaiatu Classique, Classique Diamond dan Momentum. Setiap model disadur dengan emas setebal 10 mikron. Model asas Classique adalah yang paling mampu milik dan hanya diberikan sentuhan permata pada bahagian logo. Classique Diamond dihiasi 360 biji permata pada bahagian sisi. Akhir sekali Momentum dihiasi permata, delima dan lapisan ibu mutiara.  Harga jualan bermula dari €2950 (~RM 13501) sebuah.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd