Samsung Gear 360 Kini Di Malaysia – Kamera Dengan Keupayaan Rakaman 360-Darjah

Samsung Gear 360 Kini Di Malaysia – Kamera Dengan Keupayaan Rakaman 360-Darjah

Diterbitkan pada Ogos 19, 2016 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran beberapa aksesori baru untuk pasaran tempatan, termasuk salah satunya adalah kamera yang boleh merakamkan gambar dan video dalam 360-darjah, iaitu Samsung Gear 360.

Samsung Gear 360

Ia sebelum ini telah diperkenalkan bersama-sama pengenalan Galaxy S7 Edge pada awal tahun ini, dan kini akhirnya hadir untuk pasaran tempatan. Melalui kamera ini, ia hadir dengan dua lensa yang boleh merakamkan gambar 180-darjah – termasuk dalam bentuk video.

Samsung Gear 360

Seterusnya, pengguna turut boleh menghubungkan ia bersama telefon pintar Samsung seperti Galaxy Note 7, Galaxy S7, Galaxy S7 Edge, Galaxy S6, Galaxy Note 5 – untuk membuat penyuntingan dan gabungan video yang dirakamkan.

Bagi anda yang sedang mencari kamera dengan sokongan rakaman 360-darjah, mungkin boleh menyemak Gear 360 ini yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM1299.


TIPS & ULASAN