Samsung Gear Fit2 Dan Gear IconX Kini Di Malaysia – Aksesori Kecergasan Dengan Sokongan S-Health

Samsung Gear Fit2 Dan Gear IconX Kini Di Malaysia – Aksesori Kecergasan Dengan Sokongan S-Health

Diterbitkan pada Ogos 19, 2016 oleh .

Samsung mempunyai beberapa penawaran menarik dibawah keluarga aksesori Gear. Dua peranti baru yang telah diperkenalkan baru-baru ini adalah Gear Fit2 dan juga Gear IconX. Kini, kedua-dua aksesori berkenaan turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia – selain daripada Gear 360.

Samsung Gear Fit2

Samsung Gear Fit2

Samsung Gear Fit2 merupakan gelang tangan memfokuskan kecergasan daripada Samsung. Ia merupakan generasi kedua, dan turut hadir dengan rekaan paparan Super AMOLED yang melengkung. Disertakan bersama pada gelang tangan pintar ini adalah sokongan GPS dan juga sensor denyutan nadi – sekaligus membolehkan pengguna turut memantau data harian mereka melalui aplikasi S Health. Gear Fit2 juga turut menyertakan sokongan pemain muzik yang beroperasi secara kendiri – sekaligus membolehkan ia digunakan ketika pengguna sedang bersenam tanpa memerlukan telefon pintar mereka.

Gear IconX

Gear IconX

Samsung Gear IconX pula merupakan earbud yang turut hadir dengan sokongan pemantauan data kecergasan seperti denyutan nadi, kelajuan berlari dan sebagainya. Seperti Gear Fit2, Gear IconX turut boleh digunakan bersama S Health, selain hadir dengan sokongan arahan suara untuk mendapatkan beberapa maklumat serta-merta melaluinya. Gear IconX turut hadir dengan integrasi storan yang boleh menyimpan sehingga 1000 lagi MP3.

Ggear Fit2 berharga RM699 di Malaysia, sementara Gear IconX pula berharga RM699.


TIPS & ULASAN