Cari @ Amanz

Mozilla sebelum ini telah mengumumkan perancangan untuk hadir dengan logo baru untuk badan tersebut, dan kini, selang dua bulan, Mozilla telah mengumpulkan dan memperlihatkan tujuh logo yang mana salah satunya mungkin dipilih sebagai logo akhir mereka.

Cadangan logo baru ini hadir daripada salah satu firma rekabentuk dari UK, dimana ia dikatakan selari dengan visi Mozilla. Daripada komen awal daripada pelbagai pengguna mahupun perekabentuk, mereka tidak begitu mengemari logo baru yang diperlihatkan ini. Apa pun, Mozilla mempunyai kata putus untuknya.

Mozilla Logo

Mozilla Logo

Mozilla Logo

Mozilla Logo

Mozilla Logo

Mozilla Logo

Mozilla Logo

Daripada tujuh logo yang diperlihatkan ini, Mozilla akan seterusnya memilih tiga logo, dan akan mengumumkan pilihan akhir pada bulan September kelak.

Daripada tujuh logo ini, apakah logo yang diminati anda? Adakah anda rasa Mozilla akan mendapat pilihan logo yang lebih cantik sekiranya mereka membuka ruangan untuk komuniti menghantar rekaan mereka berbanding dengan memilih firma rekabentuk ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd