Cari @ Amanz

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman muzik mereka tersendiri di Malaysia, dinamakan sebagai Samsung Milk Music. Kini, selang setahun daripada pengenalannya untuk pasaran tempatan, Samsung dilihat akan menamatkan perkhidmatan tersebut tidak lama lagi.

Samsung Milk Music

Melalui kenyataan rasmi pihak Samsung, mereka mengumumkan Samsung Milk Music akan ditamatkan di Amerika Syarikat pada 22 September 2016 kelak. Samsung mengatakan mereka memilih untuk melabur pada model berbentuk kerjasama, yang mana membolehkan pelbagai perkhidmatan muzik diintegrasikan pada peranti mereka.

Samsung tidak mengatakan sama ada kesan ini akan memberikan impak kepada pasaran seluruh dunia ataupun sebaliknya.

Namun, daripada pemerhatian kami sendiri, ia dilihat Samsung telah mengalih keluar aplikasi Samsung Milk Music daripada Google Play Store, dan membuatkan aplikasi tersebut tidak boleh dipasang oleh pengguna baru. Kami telah menghubungi pihak Samsung Malaysia dalam mendapatkan kenyataan mereka berkenaan sama ada perkhidmatan tersebut akan diteruskan di Malaysia ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd