Hello – Kamera Persidangan Video Dengan Sokongan 4K

Hello – Kamera Persidangan Video Dengan Sokongan 4K

Diterbitkan pada Ogos 21, 2016 oleh .

Persidangan video kini sudah menjadi lumrah apabila melakukan perniagaan. Dunia semakin mengecil dan perbincangan empat mata secara atas talian memudahkan dua pihak berhubung walaupun duduk di berlainan benua. Kebanyakan kamera web persidangan video hanya menyokong resolusi HD. Ini mungkin boleh diterima lima tahun yang lalu tetapi tidak lagi sekarang kerana kita telah biasa menonton video pada resolusi HD penuh. Hello ialah kamera web yang menyokong persidangan video pada resolusi lebih tinggi sehingga 4K.

Hello-Kamera-2

Kamera ini direka untuk digunakan pada televisyen 4K dan komputer. Ia dilengkapi lensa sudut lebar 130 darjah bagi membolehkan ia merakam keseluruhan bilik mesyuarat. Selain menjadi kamera persidangan video, ia turut boleh berfungsi sebagai kamera keselamatan di rumah. Pengesan pergerakan terbina disertakan dan akan memberikan notifikasi pada peranti pintar pengguna. Ia mempunyai pemproses sendiri dan ini membolehkannya berfungsi tanpa memerlukan sebuah komputer. Menurut pereka Hello, kamera mereka ini boleh menyokong Google Hangout, Skype, Facebook Messenger dan Cisco WebEx. Dana untuk penghasilan secara komersial sedang dikumpul melalui Kickstarter. Anda boleh memesan Hello pada harga $189 (~RM 760) sebuah.


TIPS & ULASAN