Cari @ Amanz

PlayMemories ialah perkhidmatan storan awanan gambar serta video oleh Sony. Ia disertakan pada kesemua peranti pintar Sony bagi memudahkan pengguna membuat salinan gambar, Melalui PlayMemories juga gambar serta video ini boleh diakses pada produk Sony lain seperti televisyen pintar dan PlayStation. Perkhidmatan ini akan menamatkan operasi bermula 31 Mac 2017. Pengguna kini menerima emel supaya memuat turun kesemua kandungan storan mereka sebelum tarikh ini.

PlayMemories-1Selepas tarikh tersebut kesemua kandungan akan dipadamkan oleh pihak Sony. Pada waktu yang sama pengguna dinasihatkan supaya mengemaskini aplikasi Album pada peranti Xperia mereka kepada versi 7.9 dan ke atas. Kegagalan akan mengakibatkan PlayMemories tidak akan dapat diakses bermula 30 September hadapan. Ini kemungkinan langkah Sony bagi mengurangkan kos operasi bahagian mobil mereka. Kepada yang mencari alternatif, Google Photos mungkin pilihan paling mudah kerana memberikan storan gambar serta video tanpa had.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd