Adakah Ini Gambar PlayStation 4 Versi Baru Dengan Rekaan Nipis?

Adakah Ini Gambar PlayStation 4 Versi Baru Dengan Rekaan Nipis?

Diterbitkan pada Ogos 22, 2016 oleh .

Sony sedia menjadualkan acara khusus pada awal September kelak, dimana mereka dijangka berkongsi lanjut mengenai PlayStation 4 Neo ketika itu. Kini, beberapa minggu sebelumnya, beberapa gambar hadir pada laman lelong di negara barat, memperlihatkan kemungkinan rekaan PlayStation 4 yang baru kelak.

Sony PlayStation 4

Daripada gambar yang hadir, ia dilihat konsol ini bersaiz lebih nipis berbanding dengan rekaan sedia ada, disamping membawakan bahagian bucu yang melengkung dan tidak tajam seperti sebelumnya. Tiada bahagian cover khusus – membuatkan pengguna mungkin tidak boleh menggunakan aksesori yang ditawarkan pada PlayStation 4 dalam menjadikan konsol anda lebih menarik lagi.

Sony PlayStation 4

Sony PlayStation 4

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi mengenai kesahihan gambar ini. Sekiranya ini adalah benar, maka seterusnya apa yang menjadi tanda tanya adalah adakah ia adalah konsol PlayStation 4 Neo dengan keupayaan grafik lebih tinggi, ataupun adalah kemaskini rekaan untuk konsol PS4 sedia ada.

Seperti biasa, segalanya bakal terjawab pada acara Sony yang dijadualkan pada awal September kelak.


TIPS & ULASAN