Xiaomi Akan Memasuki Pasaran Amerika Syarikat Dalam Masa Terdekat

Xiaomi Akan Memasuki Pasaran Amerika Syarikat Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Ogos 22, 2016 oleh .

Xiaomi nama yang gah di Asia kerana peranti yang dijual pada harga mampu milik. Dompet pengguna tidak perlu tebal untuk memiliki peranti utama Mi5 yang dijual pada harga separuh dari pesaingnya. Sungguhpun begitu menurut perangkaan terkini IDC, jualan peranti Xiaomi menjunam hampir 40% pada suku yang lalu berbanding suku yang sama 2015. Oleh itu mereka perlu meningkatkan jualan bagi terus kompetitif.

Hugo Barra Xiaomi Mi Note

Hugo Barra, Timbalan Presiden Xiaomi mengesahkan syarikat ini akan mula menjual peranti mereka di Amerika Syarikat dalam masa terdekat. Buat masa ini mereka hanya menjual aksesori seperti power bank di negara ini. Kejayaan di Amerika Syarikat adalah penting kerana ia adalah pasaran peranti terbesar di dunia di hadapan China dan India. Seperti di pasaran lain, Xiaomi akan menggunakan kuasa media sosial dan Mi Fans untuk menjalankan promosi peranti mereka. Dengan ini harga jualan akan terus rendah kerana tiada kos promosi yang tinggi.


TIPS & ULASAN