Kerangka Tertiris Mengesahkan iPhone 7 Plus Dilengkapi Dwi-Kamera

Kerangka Tertiris Mengesahkan iPhone 7 Plus Dilengkapi Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Ogos 22, 2016 oleh .

Hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum iPhone 7 akan dilancarkan secara rasmi. Terdapat puluhan gambar peranti ini sudah tertiris namun kesahihannya diragui. Ura-ura paling awal didengari ialah penggunaan dwi-kamera pada iPhone 7 Pro. Hari ini kerangka untuk iPhone 7 dan 7 Plus tertiris sekaligus mengesahkan beberapa ura-ura yang didengari.

iphone-7-kerangka-2

Pertama sekali tiada model iPhone 7 Pro, hanya dua model bakal dihasilkan seperti tahun lalu. iPhone 7 Plus mempunyai skrin lebih besar dan dilengkapi dwi kamera. Kamera belakang untuk iPhone 7 pula kelihatan lebih besar dari apa yang dilihat pada model sebelum ini. Kedua-dua peranti akan dilancarkan 7 September hadapan. Kepada peminat iPhone model manakah yang akan anda beli apabila ia tiba di Malaysia kelak?

iphone-7-kerangka-1


TIPS & ULASAN