Sony Akan Memperkenalkan Dua Model PlayStation 4 Pada Bulan September 2016

Sony Akan Memperkenalkan Dua Model PlayStation 4 Pada Bulan September 2016

Diterbitkan pada Ogos 22, 2016 oleh .

Lanjutan daripada gambar yang tertiris pada awal pagi ini, kini menurut laporan WSJ, ia dikatakan Sony akan memperkenalkan dua variasi model PlayStation 4 pada bulan hadapan.

Menurut WSJ, selain daripada PlayStation 4 versi dinaik-taraf dengan sokongan 4K, Sony juga dikatakan akan memperkenalkan kemaskini kepada model PlayStation 4 sedia ada.

Sony PlayStation 4

Perkara ini selari dengan apa yang tertiris pada awal pagi ini, dimana model nipis atau PlayStation 4 Slim dijangka mungkin menggantikan model PlayStation 4 sedia ada. Ia turut dikatakan Sony telah mula menghabiskan stok PlayStation 4 sedia ada bagi menggantikan ia dengan versi barunya.

PlayStation 4 sebelum ini telah diperkenalkan pada tahun 2013 yang lepas. Sony telah mengatakan sebelum ini yang mana permainan yang ingin menawarkan sokongan untuk versi high-end baru perlu menambah sedikit kandungan tambahan – dan permainan baru masih boleh kekal dimainkan pada konsol PlayStation 4 sedia ada tanpa masalah.

Sony menjadualkan sebuah acara khas pada 8 September kelak dimana mereka bakal berkongsi lanjut mengenai perniagaan PlayStation 4 mereka.


TIPS & ULASAN