Unchecky – Memudahkan Anda Memasang Perisian Tanpa Sebarang Aplikasi Tambahan Yang Tidak Diingini

Unchecky – Memudahkan Anda Memasang Perisian Tanpa Sebarang Aplikasi Tambahan Yang Tidak Diingini

Diterbitkan pada Ogos 22, 2016 oleh .

Bagi anda yang sering menguji atau memasang perisian baru, salah satu perkara yang mungkin tidak disukai oleh anda adalah untuk menyemak setiap skrin ketika pemasangan, dan nyah-tanda pada pelbagai penawaran iklan dan juga adware yang disertakan bersama.

Sebagai contoh, terdapat beberapa perisian yang akan turut menyertakan toolbar untuk pelayar web ketika pemasangan – dan sekiranya anda terlepas pandang, ia akan dipasang pada komputer anda bersama-sama perisian yang ingin dipasang oleh anda.

Unchecky

Untuk mengatasi perkara ini, salah satu perisian yang ingin membantu adalah Unchecky. Unchecky beroperasi secara latar ketika pemasangan sesuatu perisian, dan ia akan nyah-tanda dan mengelak anda daripada terpasang sesuatu perisian tambahan atau adware. Ia beroperasi melalui sebuah pangkalan data yang tersimpan oleh Unchecky, dimana ia menyertakan sejumlah perisian popular. Ini bermakna, ada kalanya ia tidak akan mengesan penyertaan adware pada sesuatu perisian dan mungkin anda masih perlu memandang skrin pemasangan ketika proses tersebut dilakukan.

Daripada apa yang dilihat, Unchecky menyertakan sokongan untuk pemasangan sejumlah perisian popular, termasuk seperti Utorrent, Java, Real Player, GOM Media Player dan banyak lagi.

Bagi anda yang gemar hanya menekan Next..Next.. sahaja ketika pemasangan perisian, mungkin Unchecky ini akan diminati anda.

Muat-Turun Unchecky untuk Windows


TIPS & ULASAN