Digi Membuat Pelaburan Melebihi RM250,000 Pada GrabGas, Vase Dan Local Usher

Digi Membuat Pelaburan Melebihi RM250,000 Pada GrabGas, Vase Dan Local Usher

Diterbitkan pada Ogos 22, 2016 oleh .

Digi sebelum ini telah menyatakan sokongan untuk arena startup, selain turut hadir dengan bahagian Digi-X, yang mana merupakan sebuah makmal inovasi milik Digi dalam usaha untuk hadir dengan pelbagai perkhidmatan dan produk yang boleh membantu kehidupan digital para pengguna.

Terkini, lanjutan daripada program Digi Accelerate, pihak Digi telah memilih tiga startup daripadanya – dan akan membantu dalam memasarkan produk mereka dan membawa produk mereka setapak kehadapan. Tiga startup tempatan yang dipilih untuk pelaburan oleh Digi adalah GrabGas, Local Usher dan juga Vase.

Digi Accelerate

GrabGas merupakan salah satu startup tempatan yang menggunakan bot Facebook Messenger dalam memudahkan pengguna membuat tempahan tong gas untuk dihantar ke rumah mereka. Buat masa ini, perkhidmatan GrabGas hanya ditawarkan sekitar Lembah Klang sahaja dan masih belum meluas lagi. Melalui suntikan dana dan bantuan daripada Digi, ia sekaligus akan membolehkan GrabGas bergerak setapak kehadapan lagi.

Digi Accelerate

Selain GrabGas, yang turut menerima pelaburan Digi adalah Local Usher – yang mana merupakan salah satu platform rekreasi dan percutian untuk membolehkan anda menikmati pengalaman sebenar sekitar Malaysia – dan bakal diperluaskan sekitar ASEAN.

Digi Accelerate

Dan akhir sekali adalah sebuah firma kajian pasaran dinamakan Vase yang ingin membantu perniagaan dan klien untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan pantas.

Digi-X turut mengatakan mereka akan meneruskan usaha dalam melabur dan memberikan sokongan untuk pelbagai startup tempatan, termasuk memberikan peluang pengkomersialn melalui para pelanggan Digi dan Telenor pada peringkat global.


TIPS & ULASAN