Carian
Kemaskini Xiaomi MIUI 8 Versi Global Akan Bermula Esok
August 22, 2016 Effi Saharudin

Selepas ditangguhkan beberapa kali akhirnya Xiaomi mengesahkan MIUI 8 Global Stable ROM akan mula diterima beberapa peranti keluaran mereka esok. Pada asalnya kemas kini ia diterima 16 Ogos yang lalu namun masa yang lebih diperlukan bagi memperbaiki pepijat yang ditemui.

Xiaomi MIUI8 membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru seperti kebolehan menggunakan dua aplikasi sama dengan akaun berbeza, kalkulator yang lebih pintar, akses pantas melalui Quick Ball, kebolehan merakamkan skrin memanjang kebawah dan menjalankan dua aplikasi dalam tetingkap yang sama.

Peranti yang akan kemas kini ini adalah termasuk Xiaomi Mi 2/2S, Mi 3, Mi 4, Mi 4i, Mi 5, Mi Note, Mi Max 32GB, Redmi 1S, Redmi 2, Redmi 2 Prime, Redmi Note 3G, Redmi Note 4G, Redmi Note Prime, Redmi Note 2, Redmi Note 3 Qualcomm. Sudahkah anda bersedia?

Komen