Peranti iOS Lebih Kerap Mendatangkan Masalah Berbanding Android Pada Suku Kedua 2016

Peranti iOS Lebih Kerap Mendatangkan Masalah Berbanding Android Pada Suku Kedua 2016

Diterbitkan pada Ogos 26, 2016 oleh .

Sistem operasi manakah yang paling stabil di pasaran sekarang. Jawapan yang diterima berbeza dari individu ke individu dan peranti yang dipakai oleh mereka. Majoriti pengguna pastinya tidak akan mengaku bahawa platform yang dipilih mereka bermasalah.Menurut laporan Mobile Device Performance and Health oleh Blancco Technology Group, peranti iOS adalah paling kerap mendatangkan masalah pada suku kedua 2016.

State-of-Mobile-Device-Performance-and-Health-2016

Menurut laporan mereka 56% peranti iOS mengalami masalah ketika digunakan berbanding 38% pada peranti Android. Masalah disini ialah yang melibatkan kamera, aplikasi gagal berfungsi, kegagalan WiFi, audio, bateri dan skrin sesentuh. iPhone 6 ialah peranti paling bermasalah iOS dengan 29% diikuti oleh 6S (25%) dan 6S Plus (16%). Masalah paling kerap dialami oleh pengguna iOS ialah aplikasi gagal berfungsi, sukar menggunakan WiFi dan kerosakan audio.

Pada platform Android pula peranti Samsung paling bermasalah dengan 26% diikuti oleh Lenovo dan LeEco masing-masing dengan 11%. Sungguhpun begitu peranti Android paling bermasalah ialah LeEco Le 1S. Pada platform Android masalah paling kerap dilaporkan melibatkan kamera, bateri dan skrin sesentuh. Secara keseluruhan aplikasi paling kerap gagal berfungsi pula ialah Snapchat diikuti oleh Instagram.

State-of-Mobile-Device-Performance-and-Health-2016-2


TIPS & ULASAN