Uber Dalam Perancangan Untuk Memperkenalkan UberEATS Di Kuala Lumpur

Uber Dalam Perancangan Untuk Memperkenalkan UberEATS Di Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Ogos 22, 2016 oleh .

Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu lokasi. Mereka telah beroperasi di Malaysia sejak beberapa tahun, dan turut telah menawarkan perkhidmatan di Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang dan beberapa lokasi lain.

Terkini, selain daripada pengangkutan semata-mata, Uber dilihat turut akan menawarkan satu lagi perkhidmatan baru untuk pengguna tempatan, dinamakan UberEATS.

UberEATS

UberEATS merupakan sebuah perkhidmatan lebih kurang seperti FoodPanda dan lain-lain. Pengguna boleh membuat tempahan makanan daripada restoran yang anda sukai, dan seterusnya ia akan dihantar kepada pengguna terus di rumah atau pejabat, atau lokasi yang ditentukan.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Uber akan melancarkan UberEATS untuk pasaran tempatan. Namun, mereka telah mula mencari pekerja dan wakil tempatan dalam memperluaskan UberEATS di Malaysia. Uber melalui halaman carian kerja mereka mengatakan pekerja yang dicari akan memainkan peranan penting dalam membentuk jenama UberEATS di Kuala Lumpur kelak.


TIPS & ULASAN