Twitter telah menguji tema gelap atau apa yang dipanggil mereka sebagai Night Mode untuk aplikasi Twitter di iPhone sejak daripada minggu lepas, dan kini mereka telah mula menawarkannya secara rasmi kepada semua pengguna seluruh dunia.
Tema gelap ini merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Ia telah ditawarkan melalui aplikasi pihak ketiga untuk iPhone sebelum ini, tetapi ramai yang masih kekal menantikan ia muncul pada aplikasi rasmi.
Bagi anda yang ingin mengaktifkan sokongan Night Mode ini, hanya pergi ke tab Me, dan tekan pada ikon gear untuk membuka tetingkap tetapan. Seterusnya pada pilihan Turn on night mode, tekan padanya dan ia akan mengaktifkan sokongan tema gelap pada aplikasi Twitter.