Huawei Bakal Melancarkan Siri Telefon Baru Pada IFA 2016, Berspesifikasi Pertengahan

Huawei Bakal Melancarkan Siri Telefon Baru Pada IFA 2016, Berspesifikasi Pertengahan

Diterbitkan pada Ogos 23, 2016 oleh .

Huawei sebelum ini telah diura-ura akan hadir dengan siri telefon pintar khusus yang memfokuskan pengguna wanita. Bercakap mengenainya, hari ini kami telah bertemu dengan Kevin Ho (President, Handset Product Line, Huawei Consumer Business Group).

Huawei Kevin Ho

Pihak Huawei mengatakan mereka akan memperkenalkan siri telefon pintar baru dengan sub-brand tersendiri pada IFA 2016 ini. Ia dikatakan siri peranti ini akan membawakan spesifikasi pertengahan melaluinya. Huawei mengatakan segalanya akan terjawab dalam masa kurang 10 hari lagi.

Dengan penawaran spesifikasi pertengahan, ia dilihat akan membolehkan Huawei menyasarkan pengguna umum secara keseluruhannya sekaligus memberikan mereka lebih pegangan pasaran sama ada di Malaysia mahupun di peringkat global.

Bercakap mengenai pegangan pasaran, kini Huawei mempunyai pegangan sebanyak melebihi 10% di Malaysia, dan menduduki tangga kedua selepas Samsung. Huawei menyasarkan pegangan pasaran Malaysia sebanyak 15% menjelang penghujung 2016 ini.


TIPS & ULASAN