Cari @ Amanz

Sebuah lagi berita mengenai Huawei kali ini berkenaan penggunaan kamera berteknologi Leica pada peranti selain siri P mereka. Melalui temu ramah bersama Kevin Ho (President Handset Product Line) hari ini, kami difahamkan teknologi kamera ini berkemungkinan besar akan digunakan pada peranti di dalam keluarga Huawei Mate.

Huawei P9 review 006

Huawei Mate ialah peranti kelas utama berspesifkasi tinggi Huawei dan penggunaan optik berkualiti paling tinggi adalah selari dengan permintaan pengguna. Pada waktu yang sama beliau mengesahkan peranti terkini di bawah keluarga P sedang dalam pembangunan akan turut mengekalkan penggunaan lensa Leica. Walaubagaimanapun pihak Huawei tidak berkongsi tentang tempoh kerjasama ini akan berterusan. Kepada pengguna yang mahukan teknologi Leica pada peranti selain dari keluarga P, berita ini pastinya menggembirakan anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd