Huawei Siri-P Dan Siri-Mate Baru Turut Akan Menerima Sokongan Kemaskini Sehingga 24 Bulan

Huawei Siri-P Dan Siri-Mate Baru Turut Akan Menerima Sokongan Kemaskini Sehingga 24 Bulan

Diterbitkan pada Ogos 23, 2016 oleh .

Pada minggu lepas, Honor telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan kemaskini perisian dan sekuriti sehingga 24 bulan untuk peranti baru mereka – bermula daripada Honor 8. Bercakap mengenainya, hari ini wakil Huawei turut mengatakan siri-P dan siri-Mate yang baru akan turut menerima sokongan yang sama.

Huawei Kevin Ho

Kevin Ho (President ,Handset Product Line Huawei Consumer Group) mengatakan peranti Huawei berspesifikasi tinggi akan menerima kemaskini sekuriti dan fungsi baru untuk tempoh sehingga 24 bulan akan datang. Namun, seperti biasa, akan terdapat sedikit tempoh yang diambil daripada pengenalan rasmi kemaskini Android dan pengenalan dari Huawei disebabkan oleh penambahan antaramuka EMUI selain beberapa fungsi khusus dari Huawei.

EMUI sendiri dijangka akan menerima kemaskini dengan rekaan dan antaramuka baru bermula daripada siri Mate akan datang yang dijangka diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi.

Walaupun bercakap mengenai kemaskini perisian, pihak Huawei masih tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah kemaskini Android 7.0 Nougat akan hadir untuk peranti mereka. Memandangkan mereka telah mula mengujinya sejak beberapa minggu sebelum ini, mungkin kita boleh nantikan ia hadir pada siri-P9 sebelum penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN