Lenovo Akan Menyertakan Aplikasi Office, OneDrive, Skype Pada Telefon Pintar Mereka

Lenovo Akan Menyertakan Aplikasi Office, OneDrive, Skype Pada Telefon Pintar Mereka

Diterbitkan pada Ogos 23, 2016 oleh .

Microsoft sebelum ini telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar peranti berasaskan Android untuk menyertakan sejumlah aplikasi Microsoft secara terbina pada peranti baru. Perkara ini sering diumumkan oleh Microsoft bersama-sama kerjasama penggunaan paten oleh pengeluar peranti.

Terkini, Microsoft telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Lenovo untuk tujuan sama.

Lenovo K Plus

Melalui kerjasama ini, Lenovo akan menyertakan aplikasi Microsoft Office, OneDrive dan Skype secara terbina pada telefon pintar dan tablet yang menjalankan sistem operasi Android.

Kerjasama ini turut dikatakan meliputi perlesenan paten milik Microsoft untuk digunakan pada peranti Lenovo dan Motorola.

Sebelum ini, beberapa pengeluar lain turut telah melakukan perkara sama, termasuk Samsung, Xiaomi dan sebagainya. Nampaknya, walaupun Microsoft agak kurang berjaya dengan platform mudah-alih mereka, tetapi mereka berjaya menyertakan aplikasi mereka pada ratus ribu peranti Android seluruh dunia.


TIPS & ULASAN