Cari @ Amanz

Sony akan mengadakan acara khas pada 7 September hadapan bagi melancarkan PlayStation 4 edisi baru. Ura-ura mengatakan PlayStation 4 Neo dan 4 Slim adalah dua konsol yang akhirnya akan diperlihatkan kepada umum. Malahan gambar PlayStation 4 Slim sudah tertiris semalam. Hari ini giliran pengawal permainan DualShock 4 pula tertiris di dalam video YouTube di bawah.

Sekilas pandang tiada perubahan ketara dapat dilihat. Apabila butang PlayStation ditekan, bahagian atas pad sesentuh akan berkelip-kelip. Light bar kedua yang bersaiz kecil ini tidak wujud pada versi asal DualShock 4. Warnanya juga tidak sehitam pada model sebelumnya. Besar kemungkinan bagi mengikut tema PlayStation 4 Slim yang bewarna kelabu gelap. Apakah fungsi light bar kedua di bahagian atas touch pad ini masih lagi misteri? Apakah pula pendapat anda mengenai fungsinya kelak?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd