Cari @ Amanz

Samsung telah hadir dengan telefon pintar yang menggunakan rekaan skrin melengkung di tepi sejak daripada Galaxy Note Edge yang lepas, dan kini mereka telah menjadikan ia sebuah ciri asas pada telefon pintar. Beberapa pengeluar telah diperkatakan akan hadir dengan perkara yang lebih kurang sama, dan terkini menurut Nikkei, Apple turut dijangka hadir dengan fungsi lebih kurang sama.

Apple dijangka hadir dengan tiga versi telefon pintar iPhone pada 2017 kelak, iaitu model 4.7-inci, model 5.5-inci dan juga model 5.5-inci yang menyertakan skrin sedikit melengkung pada kedua-dua belah – kiri dan kanan.

Buat masa ini, info mengenainya masih tidak diketahui sepenuhnya. Ia tidak diketahui sama ada ia akan melengkung menyeluruh seperti Galaxy S7 Edge, ataupun hanya sedikit seperti Galaxy Note 7 yang telah diperkenalkan baru-baru ini.

Apple pada tahun ini bakal memperkenalkan telefon pintar mereka pada awal September, dan dikatakan akan hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang. Seperti biasa, pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi, dan ia hanya akan diketahui apabila Apple memperkenalkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd