Cari @ Amanz

Opera telah memperkenalkan sokongan VPN percuma tanpa had pada pelayar web desktop dan melalui aplikasi khusus di iPhone serta iPad sebelum ini. Hari ini memperluaskan penawarannya, Opera turut telah memperkenalkan aplikasi Opera VPN untuk para pengguna Android.

Opera VPN

Opera VPN untuk Android membolehkan pengguna memilih daripada lima lokasi pelayan, iaitu di Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Singapura dan juga Netherlands. Melalui penggunaan Opera VPN ini, pihak Opera menekankan kepada sokongan sekuriti, disamping mengatakan pengguna boleh melindungi pelayaran mereka secara maya. Aplikasi ini juga turut hadir dengan ciri tambahan seperti kebolehan menghalang paparan iklan ketika menggunakan internet, sekaligus menjimatkan penggunaan data.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun Opera VPN hari ini, dan mengaktifkannya secara mudah tanpa memerlukan sebarang pendaftaran akaun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd