Sony : Kami Tiada Perancangan Perubahan Harga PS Plus Untuk Rantau Asia Buat Masa Ini

Sony : Kami Tiada Perancangan Perubahan Harga PS Plus Untuk Rantau Asia Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Ogos 23, 2016 oleh .

Pada awal pagi ini, pihak Sony Interactive Entertainment telah membuat pengumuman yang mana mereka akan membuat perubahan pada harga langganan PS Plus untuk Amerika Syarikat dan beberapa negara lain – sekaligus membuatkan ramai pengguna tempatan tertanya-tanya mengenai bagaimanakah kesannya untuk pengguna tempatan.

PS Plus

Menjawab pertanyaan tersebut kepada kami, pihak Sony Interactive Entertainment Japan mengatakan buat masa ini mereka tiada sebarang perancangan untuk perubahan harga PS Plus di Asia.

Bagi anda yang tidak mengetahui mengenai PS Plus, ia merupakan langganan bulanan yang disediakan oleh Sony dalam membolehkan pengguna menikmati permainan percuma, diskaun eksklusif, akses kepada beta, kebolehan memainkan permainan multiplayer, dan beberapa ciri-ciri tambahan yang lain.

Pada masa yang sama, pihak Sony turut berkongsi mengatakan kini pengguna di Malaysia sudah boleh mendapatkan kredit prabayar untuk PlayStation Plus melalui e-Pay – sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan kredit dan baucar prabayar daripada majoriti besar lokasi, termasuk 7Eleven.

Untuk pasaran tempatan, PS Plus ditawarkan pada harga langganan RM21 sebulan, RM43 untuk 3 bulan, dan RM129 untuk 12 bulan.


TIPS & ULASAN