Informasi Teknologi Terkini

Google telah memperkenalkan Android 7.0 Nougat secara rasminya semalam untuk pelbagai peranti Nexus. Pengenalan tersebut juga turut memberikan petanda yang mana pelbagai peranti Android lain yang mungkin turut menerimanya.

Selari dengannya, hari ini Sony telah mengumumkan sejumlah peranti yang akan menerima kemaskini berkenaan.

Menurut Sony, antara peranti yang akan ditawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat adalah Xperia Z3+, Xperia Z4 Tablet, Xperia Z5, Xperia Z5 Compact, Xperia Z5 Premium, Xperia X, Xperia XA, Xperia XA Ultra dan Xperia X Performance.

Tiada sebarang tarikh diberikan oleh Sony berkenaan dengan pengenalan kemaskini ini. Sony turut dijangka akan menambah sedikit fungsi khusus daripada mereka pada kemaskini ini dalam memberikan pengalaman penggunaan yang selari.

Sony mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai Android 7.0 Nougat untuk peranti Xperia mereka dalam masa akan datang.

TIPS & ULASAN