Wolfe – Kit Kad Grafik Tambahan Untuk MacBook

Wolfe – Kit Kad Grafik Tambahan Untuk MacBook

Diterbitkan pada Ogos 24, 2016 oleh .

Spesifikasi MacBook Pro sudah bertahun tidak dikemas kini mengakibatkan ia ketinggalan berbanding komputer riba Windows yang wujud di pasaran. Ini menyebabkan pengeluar Oculus mengeluarkan kenyataan bahawa Macintosh hanya akan disokong apabila Apple menggunakan kad grafik berkemampuan tinggi untuk menjalankan peranti realiti maya ini. Kemas kini MacBook Pro dijangka hadir tahun ini. Tetapi kepada yang tidak lagi mahu menunggu, kini wujud Wolfe yang akan mempertingkatkan kemampuan grafik komputer yang menggunakan sistem operasi Macintosh mereka.

Mac-Wolfe-1

Wolfe ialah kita yang membolehkan sebuah kad grafik disambung secara luaran kepada kesemua model MacBook,Mac Pro dan iMac . Ia mempunyai fungsi seperti Razer Core untuk komputer riba Windows Mac lalu. Terdapat dua model dihasilkan dan dilengkapi kad grafik Nvidia GeForce GTX 950 dan GTX 970. Dengan penggunaan kad grafik tambahan ini, akhirnya komputer Mac dapat menyokong peranti realiti maya.Wolfe masih lagi mengumpul dana melalui Kickstarter dan boleh ditempah pada harga bermula $399 (~RM 1611) sebuah.


TIPS & ULASAN