Cari @ Amanz

OnePlus pada tahun ini telah hadir dengan OnePlus 3 yang menawarkan spesifikasi tinggi serta binaan peranti yang baik. Ia telah ditawarkan di pasaran tempatan sejak daripada bulan ini pada harga RM1888 – yang mana boleh dikatakan agak rendah untuk peranti Snapdragon 820 dengan 6GB RAM.

Terkini, selain daripada telefon pintar, pihak OnePlus dilihat bakal memperkenalkan satu lagi produk baru dibawah jenama mereka. Buat masa ini, melalui video teaser yang diperlihatkan, ia agak samar apakah yang bakal diperkenalkan – tetapi memberikan idea seumpama sebuah earphone.

OnePlus sendiri sebelum ini telah memperkenalkan OnePlus Icon – salah satu earphone premium daripada mereka, dan penggunaan perkataan V2 memberikan idea generasi atau versi kedua akan diperkenalkan oleh mereka.

Bagi anda yang mengharapkan telefon pintar lain daripada OnePlus, mereka sebelum ini telah mengatakan OnePlus tidak akan hadir dengan kemaskini untuk OnePlus X dan akan lebih memfokuskan kepada hanya satu flagship untuk setahun.

OnePlus menjadualkan pengenalan mereka pada 25 Ogos ini, dan segalanya akan terjawab esok secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd