Phonie – Telefon Mini Yang Boleh Disimpan Di Dalam Dompet

Phonie – Telefon Mini Yang Boleh Disimpan Di Dalam Dompet

Diterbitkan pada Ogos 24, 2016 oleh .

Iklan telefon mudah alih yang paling kami ingati ialah untuk Motorola Startac. Seorang wanita berbikini berjalan di tepi pantai dan kemudian kedengaran bunyi deringan telefon. Secara tiba-tiba sebuah Startac muncul di tangan beliau dan beliau terus berbual. Iklan ini cuba menunjukkan betapa kecilnya rekaan Startac sehingga ia boleh disimpan di dalam bikini tanpa disedari. Telefon seperti ini hampir mustahil ditemui sekarang kerana pengguna moden mahukan peranti dengan skrin sesentuh besar.

Phonie-Telefon-Nipis-2

Tetapi sekiranya anda mahukan peranti kompak dan nipis, Phonie ialah telefon mudah alih untuk anda. Dengan ketebalan 6 mm, pengeluar Phonie mengatakan ia boleh disisip ke dalam dompet. Ia mempunyai skrin 1.1″, storan 128 Megabyte dan bateri sebesar 220 mAh yang mampu bertahan selama tiga hari. Terdapat sokongan untuk SIM bersaiz mikro. Tanpa SIM sekalipun ia masih boleh berfungsi sekiranya ditambat kepada peranti pintar menerusi Bluetooth. Harga jualan Phonie ialah $59.99 (~RM 242) sebuah.


TIPS & ULASAN