Cari @ Amanz

Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan dua lagi produk dibawah keluarga Predator untuk pasaran tempatan, iaitu Acer Predator G1 dan juga Acer Predator 17 X.

Acer Predator G1

Untuk makluman, siri jenama Predator daripada Acer merupakan siri komputer yang menyasarkan arena permainan video dan multimedia. Melaluinya, ia membawakan sokongan grafik yang tinggi disamping dioptimasikan dengan beberapa ciri-ciri khusus untuk permainan video.

Acer Predator G1 adalah desktop mengkhususkan permainan dan hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 8GB GDDR5 yang menawarkan kuasa grafik hampir tiga kali ganda berbanding dengan generasi sebelumnya. Seperti kebanyakkan komputer permainan baru, desktop Predator G1 ini juga turut dilengkapi dengan sokongan realiti-maya melalui penggunaan kad grafik baru ini – membolehkan desktop ini digunakan bersama peranti seperti HTC Vive dan Oculus Rift.

Acer Predator G1

Melengkapkan desktop ini adalah cip Intel Core i7-6700, memori 16GB DDR4, storan gabungan 2TB HDD dan 128GB SSD, serta sokongan audio Sounde Blaster X-Fi MB5. Acer Malaysia turut menyertakan papan kekunci mekanikal bersama-sama dengan pembelian desktop ini. Fungsi tambahan khusus seperti meningkatkan kelajuan penghantaran data melalui internet turut disertakan dengan fungsi yang dipanggil sebagai Killer DoubleShot Pro.

Acer Malaysia turut mengatakan mereka menawarkan sebuah beg bagasi khusus dinamakan G1 Desktop Transport Suitcase untuk 10 pembeli terawal bagi memudahkan pengguna membawanya ke sebarang LAN Party dan lain-lain. Di Malaysia, Acer Predator G1 ditawarkan pada harga RM10,999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd