Acer Predator 17 X Dengan Sistem Penyejukan Tiga-Kipas Diperkenalkan – Berharga RM12999

Acer Predator 17 X Dengan Sistem Penyejukan Tiga-Kipas Diperkenalkan – Berharga RM12999

Diterbitkan pada Ogos 24, 2016 oleh .

Bersama-sama pengenalan Acer Predator G1, pihak Acer Malaysia hari ini turut telah memperkenalkan sebuah komputer riba dibawah keluarga Predator, iaitu Acer Predator 17 X.

Acer Predator 17 X menggunakan skrin bersaiz 17.4-inci dengan paparan HD penuh (1920×1080), serta turut dilengkapi kad grafik GeForce GTX 980 8GB GDDR5 VRAM dengan G-Sync. Seperti biasa, pengguna boleh overclock untuk kuasa grafik dan pemprosesan tambahan dengan mudah melaluinya.

Acer Predator 17 X

Melengkapkan komputer riba ini adalah cip pemprosesan Intel Core i7-6820HK, memori 32GB DDR4 RAM (yang boleh dinaik-taraf sehingga 64GB DDR4 RAM), storan 256GB SSD + 1TB HDD. Dengan kuasa pemprosesan tinggi ini, pengguna turut boleh menikmati kandungan realiti-maya melalui penggunaan peranti seperti HTC Vive dan sebagainya.

Acer Predator 17 X ini turut hadir dengan sokongan Killer DoubleShot Pro untuk pengoptimasian penggunaan internet ketika bermain permainan video, audio yang balik melalui Predator SoundPro 4.2, dan pengawalan mudah beberapa tetapan menggunakan PredatorSense UI.

Di Malaysia, Acer Predator 17X ini ditawarkan pada harga RM12999.


TIPS & ULASAN